BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 27, 2009

sahabat sejati ialah sahabat yang sentiasa menerima kita....buruk dan baik...sentiasa menyedarkan kita ke arah kebaikan....sentiasa mengingatkan kita dari melakukan kesilapan atau kekhilafan...sahabat x kan pernah mengambil kesempatan terhadap kita, tetapi ia adalah seorang yang mnerima kita seadanya.....itulah SAHABAT SEJATI.....

Wednesday, September 2, 2009

Harga Diri Seorang Wanita

sahabat….
"jadilah mawar yang indah berpagarkan duri(aurat,akhlak,malu)

jgn biarkn dirimu mnjadi sebarng bunga yng tetap juga indah

tapi sayang….tidak berduri..

apbila tiada duri..

tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga

daripada sewenang2nya di dekati sang kumbang..lantas……
tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya..

dgn pagaran duri itu..

kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya..

menyelinap disegenap naluri yg mengundang kekaguman di hati sang kumbang…"
hypothesis nye:semakin anda ‘menjaga’ hubungan anda dgn lelaki yg bukan mahram..

maka semakin mahal lah nilaimu,

wanita..muslimah sejati..

ambillah pengajaran dari pohon semalu..

ia akan kuncup apabila disentuh..
wahai muslimah,malulah pada tempatnya..

pohon semalu..ia punya duri yang tajam,utk m’pertahankan diri..
wahai muslimah,bentenglah diri dan maruahmu dgn iman..

ia punya akar tunjang,yang amt kuat dan mcengkam bumi..
wahai muslimah,

tunjangkanlah dirimu dgn keterikatan yg amat kukuh dgn tuhan mu,RABBUL ALAMIN..

ia kuncup dgn sendiri apabila senja mnjelang..
wahai muslimah sejati,

pulanglah ke syurgamu apbila waktu semakin senja..

ambillah pengajaran dari semalu

walaupun ia sepohon tumbuhan yg kecil..
Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

~Keistimewaan Wanita~

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." Wanita sebenarnya banyak keiatimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Monday, August 24, 2009

sendiri di perut bumi
bersemadi jasad yg kerdil
saudara dan teman telah tiada lagi
terkujur kaku berselimut putih
wahai Tuhanku apakah nasibku
di kubur gelap sesempit itu?
bisakah aku memberi jawapan
pada soalan Malaikat-Mu
dilapisan mana di neraka-Mu
Engkau campak aku kesakitan
betapa banyaknya dosa-dosa ku
tak bisa ku meraih syurga-Mu
hanya amal kebajikan di dunia
yang dapat menyelamatkan ku...